The Prophet Muhammad (peace be upon him) is reported to have asked his Companion, the poet Abdullah bin Rawahah* (may Allah be pleased with him), "Abdullah! What is poetry?" The poet responded, "It is something that pulstates in my heart and is then spoken by my tongue."

WEB LAGU PUISI
herman.mutiara

Muqaddimah>>


herman.mutiara, cg karmin abbas & hamzah adon (kumpulan Umbara)
mendendangkan lagu 'andaikata' di playden (arts house)
- 'X-perimentasi Puisi', ogos 2008 -

 

Koresponden

Sila gunakan borang di bawah ini untuk menghubungiku.

Kotak yang mempunyai tanda * wajib diisi.

Nama*:
Emel*:
URL :
Mesej*:



herman.mutiaraQuantcast

 

 

BLOG

*Abdullah Bin Rawahah Al-Ansari (Radhi-Allahu Anhu):

Beliau adalah seorang penyair dan seorang Sahabat Rasulullah SAW. Berasal dari Madinah, beliau adalah di antara penduduk Madinah yang pertama memeluk Islam dan berbai'at kepada Rasulullah S.A.W. di Bai'atul Aqabah kedua. Selepas pengislamannya, beliau giat memperjuangkan Islam melalui puisi-puisinya. Dalam peperangan, beliau menggunakan puisi-puisinya untuk membangkitkan semangat pejuang-pejuang Muslimin. Beliau akhirnya gugur syahid ketika memimpin tentera Islam berjumlah 3000 orang dalam Peperangan Mu'tah menentang tentera Rom yang berjumlah 200 ribu orang, bersama-sama dua lagi panglima / syuhadah Islam, Zaid Bin Harithah (anak angkat Rasulullah S.A.W.) dan Ja'far Bin Abi Talib (abang kepada Saiyidina Ali) Radhi-Allahu Anhum.

(Pada tahun 2006, akhirnya aku telah bersempatan untuk menziarahi pekan Mu'tah di Jordan dan makam ketiga-tiga syuhada ini.)

Sejarah hidup Abdullah Bin Rawahah telah banyak memberi semangat untuk kucuba mengikut jejak langkahnya.

 

*******

Di bawah ini adalah puisi dan lagu yang dicipta teman-teman eSastera.com yang diilhamkan dari riwayat hidup Abdullah ibn Rawahah.

 

'Di bakar semangat Abdullah'
(puisi: Hani Hamsyari)

Sekali pena tergenggam di jemari
dan titis tinta membentuk kata
dia tegar mencatat ke dalam diri
tegar mencatat di dalam hati
dia mahu menulis, dia mahu bersyair
mahu mengasah kalam diksinya
laksana syair abdullah ibnu rawahah
yang bait syairnya terukir indah
yang bait syairnya menggembirakan rasullulah
dia mahu menulis dia mahu bersyair
laksana syair Abdullah ibnu Rawahah
yang mengusung ketajaman syairnya
seiring kilatan pedang para pahlawan
ke medan Khandaq, Badar, Hudaibiah,
Khaibar dan Muktah.
tajam syair itulah
yang mengasah semangat pejuang
mara mengejar satu dari dua
menang atau syahid


lagu: Airmas SZ

'Syair Seorang Pejuang'

kau hanya seorang penyair biasa
di tengah masyarakat yang diambang binasa
namun dari selatan kau terima perutusan
berita kemunculan nabi akhir zaman

di tanah Aqabah kau berjanji setia
menjunjung tauhid dengan apa saja cara
lidah penamu menjadi panah berbisa
senjatamu yang paling utama

dengan syairmu, kau perjuangkan agama
dengan puisimu, kau buat Nabi gembira
demi cinta, kau rela berkorban apa saja
jiwa, harta, airmata, jasad dan nyawa

di Badar, di Uhud, kau ada bersama
membangkitkan semangat para perwira
namun di medan peperangan terakhir
dugaanmu yang paling getir
di tengah kekalutan
engkau laungkan,
"Kemenangan atau syahid!"

di depanmu teman-temanmu gugur satu persatu
dalam pertempuran yang sungguh meruntun kalbu
tibalah masa untuk kau sambut panji-panji amanah
engkau gembira rela menjunjung titah

lalu kau bersyair, didengar semua
membangkitkan semangat para perwira
di depanmu musuh beratus ribu
tidak kau gentarkan lagi
tujuanmu satu
redha Tuhanmu:
kemenangan atau syahid!

"aku telah bersumpah, wahai diri
majulah ke medan juang
tetapi kenapa kulihat kau menolak syurgawi?
wahai diri, walaupun kau tidak tewas dibunuh,
kau tetap akan mati
masanya sudah tiba untuk kau mengecap impi
jika jejak sahabat-sahabatmu kau ikuti
jadilah engkau perwira sejati."


- puisi oleh herman.mutiara

 

 

Lelaman Lain

herman.mutiara @ Multiply
- kelibatku di sebuah portal 'social networking'

www.esastera.com
- Lelaman kommuniti penulis siber dan penggemar sastera Nusantara. Perlu berdaftar untuk memasukinya. Ada juga ruangan untuk lagu puisi!

MysteryNet.com
- Lelaman untuk peminat genre penyiasatan. Ada permainan untuk mengasah 'deductive & detective skills' anda.

Kembali ke atas

Website ini direka dengan Dreamweaver & Frontpage. Gambar di-edit dengan Photoshop.

Hit Counter
pengunjung sejak 10 Disember 2005