Entah
Bila
(puisi: Norulashikin Jamain, lagu: Mutiara)
(Puisi ini aku iramakan ketika
aku sedang menuntut di maktab rendah. Ketika itu aku sedang khusyuk dilanda
demam lagu puisi yang dibawa oleh Nuradee dan Rausyanfikir. Lagu ini sesuai
untuk dinyanyikan oleh penyanyi wanita.)
(Jika plug-in tidak berfungsi,
sila klik di sini)
Entah bila
kegelapan yang menutupi cahaya lilin di tangan ini
pergi meninggalkanku
sedangkan kegelapan itu
adalah bayang-bayangku sendiri
Entah bila
kekusutan yang tersimpul
di antara benang-benang bajuku
terhurai mudah
sedangkan baju ini
adalah jahitan daripada tanganku sendiri
Entah bila
kesan-kesan darah yang mengotori
selendang putih ini
terhapus bersih
sedangkan selendang ini
sengaja kubaluti lukaku
Dan entah bila
dapat kumengerti
bahawa kesilapanku sendiri
adalah pembawa
segala beban yang kutanggung ini
Kembali
|