Lambat
(lagu/puisi: Mutiara)


(Jika plug-in tidak berfungsi, sila klik di sini)

mungkin tak dapat dielakkan lagi
masa bergerak pantas sekali
terlalu cepat, aku penat
aku sudah tak larat lagi

mataku, tubuhku, mindaku
tiada muafakat
tiada berkat
ternyata berat bahu memikul

tetapi aku tiada waktu
takut tertipu
kalau kuberhenti
malas kan memakan diri

aku tak mahu ketinggalan lagi
aku tak mahu terlambat lagi

aku letih tapi apa nak buat
terpaksa teruskan walaupun penat
kalau jatuh, bangun kembali
aku tak mahu ketinggalan lagi

Kembali